Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah… Syukur kehadrat Allah saya tujukan warkah ini khas buatmu…

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 18. Alhamdulillah, kamu baru sahaja mendapat keputusan yang cemerlang dalam SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM) pada khamis yang lalu. Panjatkanlah kesyukuran yang paling tinggi ke hadrat Allah.
Alhamdulillah… Sekarang kamu diberi kebebasan dalam menentukan matlamat dalam kehidupan kamu sekarang. Saya sesungguhnya sangat bersyukur dikurniakan teman seperti kamu kerana sesungguhnya kamu adalah kawan.sahabat & teman teristimewa dalam kehidupan saya. Setiap hari kita bercerita tidak kira dalam keadaan apa sekalipun tapi kita masih lagi tidak melanggar batasan yang ditetapkan dalam syariat islam.
Tentukanlah apa yang kamu inginkan dalam kehidupan kamu sekarang. Tekadkan semangat kamu. Semoga tercapai segala cita-cita yang kamu impikan dan yang pernah diceritakan setiap hari kepadaku. Saya doakan segala yang terbaik. Pesanan saya, jagalah hati kamu.
Sekian dariku… Semoga berada dalam lindungan Allah. Semoga berbahagia selalu.. Semoga kita bersama selamanya. Semuanya dipelihara oleh Allah, diberi keizinan yang sememangnya menjadi harapan kita dari dulu lagi.
Sekian….
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.