Sang Setia

Sunday, February 28, 2010

Ya Rasul… Muhammad S.A.W…

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum W.B.T…

Dah lama saya meninggalkan laman ini akibat kesibukan waktu memandangkan kuliah dah pun bermula.

Alhamdulillah marilah kita sama-sama bersyukur kehadrat ilahi kerana diberikan nikmat kesihatan yang tiada taranya, nikmat penglihatan, nikmat mendengar dan yang paling penting nikmat berfikir.

Hadir lagi pada tahun ini sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Saya percaya semua umat islam maklum akan hal ini. Semua umat menyambutnya dengan berbagai cara, seperti perarakan,puji-pujian, dan sebagainya.


Dapatkan Testi-Testi Menarik di Sini


Bagi saya pula, pada tahun ini saya bersama 5 orang rakan dari Kelantan berpeluang menyambut sambutan Maulidur Rasul S.A.W di markaz mudhayafah di Kaherah. Keterujaan yang amat mengngagumkan saya. Hadir pada sambutan kali ini adalah Syeikh Asyraf, Syeikh Yusri, Syeikh Usamah dan ramai lagi masyaikh yang turut sama memeriahkan majlis. Rindunya padaMuYa Rasulullah…

Majlis yang dipenuhi dengan puji-pujian mengingatkan saya akan perjuangan Nabi kita yang berusaha memperjuangkan agama Allah tanpa penat dan jemu, hasilnya kita sebagai umatNya dapat merasai nikmat iman dan islam sampai ke saat ini.. Ya Allah… Tiada siapa boleh menggantikan tempatnya Rasul sekalian alam..

Ya Rasul.. Kami MerinduiMU.......

Sekian......

Thursday, February 18, 2010

Rindukan Kedamaian

Assalamualaikum w.b.t.......

Bismillahirrahmanirrahim....

Salam kerinduan.. Saya rindukan kedamaian...

ALLAH menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang enteng nikmat tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau sewenang-wenangnya.

Sehubungan itu, Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)

Sungguh... Sangat-sangat kurindukannya...

Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).



Dengan sedikit gambaran ini dapatlah kiranya saya simpulkan bahawa, dunia memang didalam kekalutan sehingga saya sendiri tidak dapat menghalangnya melaiankan hanya mengadu pada Allah Yang Maha Kuasa.

Tuesday, February 16, 2010

Pengajian Bersama Syeikh Nuruddin...

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah.. Selawat dan salam buat Rasulullah yang amat dirimdui. Syukur dapat ada dalam laman ini.

Hari bermula pengajian "KITAB AL-ADABUL MUFRAD" yang akan digurukan oleh Syeikh Nuruddin. Saya dengan harapan agar dapat bersama dengan semua sekali pada malam ini dan malam-malam seterusnya bagi menjayakan pengajian ini.

Bergetar hati saya bila mendengar khabar pengajian ini. Saya harapkan semangat ini akan subur samapai bila-bila untuk majukan diri saya yang daif ini.

Sunday, February 14, 2010

Tentang Diriku...

Assalamualaikum w.b.t….

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji bagi Allah, Penguasa sekaligus Pengatur bumi dan segala isinya dan salam semoga tercurah kepada Nabi Muhammad S.A.W penyandang gelaran Al-Amin dan teladan yang mulia. Kita berharap semoga kita termasuk orang yang mendapat syafaat baginda ketika tidak ada seorang pun yang mampu menolong,bahkan kita menolong diri kita sendiri.



Selesai sudah Pesta Buku Antarabangsa Mesir 2010. Syukur yang tidak terhingga rasanya saya berkesempatan berkunjung dan berpeluang membeli kitab-kitab asas sebagai bahan rujukan tambahan buat diri ini. Semoga saya berpeluang untuk terus berkunjung pada masa hadapan dan membeli kitab-kitab yang sukar untuk kita dapati di negara kita.

Hari ini pula berlangsungnya bazaar HEWI KPKM yang diadakan di Rumah Kelantan Baru Hayyu Sabeik,Kaherah. Saya difahamkan, bazaar ini akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut. Bazaar ini bertujuan untuk memupuk minat berniaga dikalangan Mahasiswa/wi dari Malaysia. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dengan adanya bazaar kali ini, sedikit sebanyak dapat megembalikan era keusahawanan Islam yang agung pada zaman dahulunya insyaAllah.

Semoga bazaar kali ini mendapat sambutan yang hebat. Selamat dari segala cubaan sabotaj. Saya doakan semuanya berjalan dengan lancar. Selamat berniaga kepada semua yang terlibat.

Bagi diri saya, sekarang masih lagi menunggu jadual kuliah dan juga menunggu arahan untuk membeli buku-buku untuk semester ke 2 yang dah bermula ini. Saya difahamkan pada semester kali ini, sebanyak 8 mata pelajaran yang akan dipelajari. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan niat saya menuntut ilmu tidak tersia. Dalam kepenatan semalam yang masih terasa, dapatlah saya berehat untuk seketika.

Segala puji bagi Allah, Selamatkanlah daku dari godaan dunia, Tambahkanlah ilmuku sentiasa, Selamtkanlah keluargaku dari bahaya. Amin……

Sekian….

Friday, February 12, 2010

Semester Ke 2 Bermula....

Assalamualaikum w.b.t....

Bismillahirrahmanirrahim....

Segala puji bagi Allah mengurniakan nikmat yang tiada taranya, syukur Alhamdulillah kerana masih mengizinkan saya menulis dengan cerita yang tak seberapa ni. Terima kasih kepada pelawat yang sekarang sudahpun mencecah 1000 orang. Saya sangat teruja kerana anda semua sudi memasuki laman yang daif ini.

Hari ini pada pandangan saya, bandar Kaherah sudahpun memulakan musim baru iaitu(musim panas). Ini kerana sudah 2 hari bahang kepanasan terasa. Dan juga kuliah saya akan bermula seperti biasa. Saya mula terfikir adakah bahang kepanasan ini akan menggugat perjalanan kuliah saya bersama rakan-rakan ataupun kami dapat meneruskan agenda kuliah kami seperti biasa.



Semua ini sangat merunsingkan saya, memandangkan saya jenis yang sangat sensitive dengan bahang kepanasan ini. YaAllah, lindungilah diriku dengan segala ujian dan ikhlaskanlah hatiku dalam menuntut ilmu dibumi BARAKAH ini. (Allah sangat memuliakan hambanya yang datang menuntut ilmu, maka Lindungilah aku dalam mencari keikhlasan dan keberkatan ini).

Semoga saya dan rakan-rakan beroleh keberkatan dan dipermudahkan segala urusan dan beroleh kejayaan pada peperiksaan nanti.

Selamat datang musim baru, selamat datang kuliahku, selamat meneruskan pengajian bersama sahabat-sahabatku dan selamat semuanya...

Sekian..

Sunday, February 7, 2010

Mahasiswa Yang Kecewa.....

Assalamualaikum w.b.t...

Bismillahirrahmanirrahim....



Segala puji bagi Allah kerana dengan izinNYA dapat sekali lagi saya menjengah dalam laman ini dan sempat berkata sesuatu sekadar untuk renungan dan juga sebagai kenangan buat diri saya sendiri. Saya harapkan agar dapat selalu berada disini dan berkongsi cerita kehidupan saya disini dan juga dijadikan tatapan buat semua.

Alhamdulillah rezeki selalu tidak putus,ada saja buah tangan baik dari penduduk di MESIR mahupun pelajar-pelajar MALAYSIA yang berkunjung kemana-mana tempat yang menarik disini. Sesungguhnya saya sangat bersyukur kerana dikurniakan rezeki yang sangat luas ini.

Hidup dibumi MESIR ini mengajar saya hidup dalam bermasyarakat dan juga hidup sebagai insan yang selalu bersedia dalam apa jua keadaan. Tapi semakin lama bermusafir disini, saya sudah mula melihat dan memahami serta membuat kesimpulan karenah rakan-rakan saya dan juga karenah pelajar-pelajar baik dari negaraku MALAYSIA ataupun masyarakat disini. Ada yang sangat mengecewakan dan ada juga yang sangat mengembirakan saya. Sebagai pelajar yang dikira masih baru disini, sepatutnya ada teladan yang mungkin dapat saya contohi dan teladani.

Tapi saya sangat kecewa lebih-lebih lagi dengan sikap sombong dan juga pentingkan diri sendiri yang ditonjolkan, memang ini sikap melayu atau mungkin tabiat mereka ketika berada di tanah air sendiri, bila mereka-mereka-mereka ini berasa selesa dengan sesuatu mulalah pentingkan diri sehinggakan lupa kepada 'junior' dan rakan-rakan sendiri. Walhal tiada yang istimewa pun tentang mereka,tiada yang dapat diambilkan contoh baik dari segi pelajaran dan juga akhlak mereka. Malah, mahasiswa baru yang menjaga mereka dan lebih teruk lagi semua kerja rumah boleh dikatakan semua diserahkan kepada pelajar baru. Jijik dan memalukan bukan??. Walaupun semua itu bukanlah satu deraan daripada mereka, tapi saya cukup dengan mengatakan bahawa, tiada lagi penghormatan dari kami mahasiswa baru.

Saya sangat tidak mengerti, mengapa semua ini terjadi kepada hampir semua MAHASISWA MALAYSIA disini. Kenapa dan mengapa perlu bersikap sedemikian rupa padahal kita hidup dalam satu rumpun khatulistiwa. Sedarlah mungkin mahasiswa yang dikatakn 'junior' itu tadi sudah mula mual bosan dengan sikap yang ditonjolkan. Persekitaran yang berlaku mungkin sangat tidak elok untuk dibawa sebagai bekal apabila pulang ke Malaysia kelak. Ayuh!!! Marilah kita berubah dan bangkit BERSAMA-SAMA mengejar arus dunia yang makin deras ini...

Tetapi, Alhamdulillah.. apa yang cukup menyenangkan saya, sikap 'understanding' dan juga sikap orang yang matang itu menjadi penguat dan juga penghibur dikala diri ini dalam kegelisahan. Kita sedia maklum bahawa setiap mahasiswa baru yang datang bermusafir beribu batu ini mungkin sedikit 'manja' dan mudah tersentuh dek kerana berjauhan dengan keluarga atau sesiapa sahaja. Tetapi dengan adanya 'senior-senior' yang menjaga dan cakna akan masalah ini semua itu menjadi penguat dan wujudnya sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Terima kasih dan tahniah yang tiada bandingannya dariku......

Alhamdulillah semua itu menyedarkan saya pentingnya hidup dalam persatuan dan pentingnya pergaulan yang sihat kerana semua itu adalah sebahagian daripada kejayaan dan kebahagiaan kita semua. Untuk keluargaku, jangan la semua itu menjadi kebimbangan kerana saya percaya dengan idea dan pemikiran yang baru dari kami, semua itu akan membawa kepada kejayaan berdasarkan ALQURAN DAN SUNNAH yang kami pegang. Semoga semua ini dapat diambil dengan sikap yang positif dan matang..

Sedakar luahan buat diriku.. Saya harap semua dapat mengambil iktibar dan juga renungan untuk kita terus maju untuk masa hadapan, sebagai ummat dan mahasiswa yang akan menerajui pembaharuan. Saya sangat bersyukur dan akan meneruskan cita-cita dan harapan semua pihak untuk melihat saya berjaya.

Sekian........

Wednesday, February 3, 2010

Kawan-kawanku...

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah.. Hari ni dah pun selesai exam untuk semester pertama saya. Jazakumullahukhairan kathira kepada semua (Doktor & Pensyarah) Universiti Al-Azhar.

Alhamdulillah.. Syukur yang tidak terhingga kerana diberi nikmat kesihatan yang cukup baik.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan lama ketika di bangku sekolah dahulu kerana memberikan harapan dan inspirasi kepada saya untuk terus berjuang mencari ilmu di BUMI ALLAH MESIR ini. Semoga Allah merestui segalanya dan merelakan hajat saya untuk berjaya dan cemerlang disini.

Kawan-kawan, semoga ukhwah ini berterusan selamanya dan kita bersama berdoa untuk berjaya di dunia dan akhirat. Bila sebut kawan-kawan sekolah, saya mula tersenyum kerana teringat kembali zaman 'kenakalan' kawan-kawan dengan lagak masing-masing, semua tu menjadi kenangan untuk saya yang jauh di Bumi Mesir ini ini. (Tapi, kamu semua yang terbaik!!!)

Dengarkan bai-bait lirik ini...

*Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita

Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Segalanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Oh sekolaku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasanmu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatanku
"You're my lovely school, I love you, I miss you"*

Sekolahku MAAHAD SANIAH, Namamu harum didalam ingatanku........

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan
dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cobaan, tetapi
persahabatan sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan
bertumbuh bersama karenanya…

Semoga Allah lindungi ukhuwah ini dan kitakan bersama selamanya....