Sang Setia

Monday, December 5, 2011

Peristiwa 10 Muharam

Antara Peristiwa-peristiwa atau Kejadian besar ketika 10 Muharram yang MESTI Masyarakat Islam ketahui --->>> Hari Peristiwa ini yg BAKAL menjelma pada hari:
( ISNIN - 10 MUHARRAM 1433 bersamaan 5 Dis 2011 )

1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid

*Dibenarkan berKONGSI jika anda rasa ia adalah tanggungjawab kita bersama sbg SEORANG MUSLIM..

Sunday, December 4, 2011

Cara Hidup Sihat Rasulullah

1. Selalu bangun sebelum subuh.
Baginda mengajak umatnya untuk sebelum bangun subuh dan mengerjakan solat sunat, solat subuh secara berjemaah. Hikmahnya ialah mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta menajamkan akal fikiran.

2. Aktif menjaga kebersihan.
Baginda selalu bersih dan rapi. Setiap khamis atau jumaat, baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

3. Tidak makan berlebihan.
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk tiga benda, udara, air dan makanan. Kebaikan berpuasa yang diwajibkan untuk umat islam adalah untuk menyeimbangkan kesihatan, baginda juga selalu berpuasa sunat. Sabda Rasulullah s.a.w “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (sampai kenyang)”

4. Gemar bejalan kaki.
Baginda berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir liang roma terbuka dan peredaran darah menjadi lancar dan baik untuk mencegah penyakit jantung.

5. Tidak pemarah.
Marah itu dari syaitan, segerlah mengambil wuduk dan solat 2 rakaat bagi ketenanan dan menghilangkan gundah hati. Kekuatan muslim bukan terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kekuatan dan kebersihan jiwa. Muslim yang baik juga adalah mereka yang mampu mengawal sifat marah kerana itu sebahagian dari cara hidup sihat rasulullah.

6. Optimis dan tidak berputus asa.
Sikap optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu memperbanyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t

7. Tidak iri hati.
Cara hidup sihat rasulullah seterunya ialah menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, sikap iri hati perlu dihindarkan.

8. Pemaaf.
Sifat yang dituntut bagi mendapatan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain akan dapat membebaskan diri dari dibelenggu rasa bersalah. Apabila kita marah, sifat marah itu akan melekat dalam hati. Jadilah pemaaf untuk membersihkannya. Bahagia sebenarnya bukan mendapat, tetapi memberi.

Saturday, December 3, 2011

Mu’tah menjadi saksi darahmu

Peperangan Di Medan Mu’tah bertemulah dua pihak dan berlangsunglah pertempuran yang sengit. Bayangkanlah 3000 Tentera Islam menghadapi asakan  dari 200 000 tentera Kristian Rom.Ianya adalah satu peperangan yang mendapat tumpuan penduduk dunia dengan penuh kebingungan dan kehairanan. Tetapi angin keimanan sudah mula bertiupberupaya menimbulkan sesuatu yang menakjubkan.

Zaid Bin Harithah dilantik sebagai ketua pasukan perang yang memegang panji Islam sambil berperang hebat, menampilkan kejaguhan yang tiada bandingan melainkan di kalangan jaguh-jaguh tentera Islam sahaja. Dia terus berjuang sehingga terperosok kedalam tusukan lembing-lembing musuh. Kemudia ia gugur tidak bergerak lagi.

Tatkala itu, Ja’afar bin Abi Talib mengambil bendera tersebut dengan tangan kanannya. Dalam keadaan hiruk-pikuk peperangan, pihak kuffar mencatas tangan kanannya. lantas segera dicapainya dengan tangan kirinya. Dia terus berjuang sehinnga tangan kirinya juga terputus dicantas musuh lalu dikendongnya bendera dengan bahu dan lehernya, namun akhirnya ia terbunuh dengan 90 tusukan lembing dan terjahan panah dan tubuhnya terbelah dua. Masyallah. Subahanallah. Sungguh kental keimanan sahabat ini. sanggup kehilangan dua tangannya dan jasadnya kerana mempertahankan Islam.

Sewaktu Ja’afar terbunuh, Abdullah Bin Rawahah sedang makan daging di penjuru medan peperangan, beliau sudah tiga hari kelaparan. Sebaik sahaja beliau mendengar tentang kematian Jaafar, dengan segera beliau mencampakkan daging dengan berkata, “Abdullah kamu ini asyik sibuk dengan makan, sedang Ja’afar telah sampai ke Syurga.”

Tanpa membuang masa, Abdullah Bin Rawahah terus mencapai bendera dan meluru ke arah musuh. Dalam pertempuran itu anak-anak jarinya banyak yang parah dan tergantung isi. Beliau meletakkan anak-anak jarinya ke bawah lalu dipijak dengan kaki dan ditarik sehingga jari-jarinya bercerai dari tangannya. Kemudian beliau terus mara dan beliau berhenti sebentar dan memikirkan tentera Islam yang sedikit berbanding tentera musuh yang ramai.

Dalam tengah berangan-angan itu, dia tersentak dan berkata dalam hatinya, ” Wahai hati, apa yang menyebabkan kamu memikirkan demikian? Adakah keran cinta kepada isteriku? Kalau begitu aku ceraikan kamu pada saat ini juga. Adakah kerana hamba-hamba? Kalau begitu aku bebaskan mereka semua. Adakah keran kebun? Kalau begitu aku berikan sebagai sedekah”
Oleh kerana keletihan dan kelaparan, beliau turun dari kudanya, sementara sepupunya datang membawa sekeping daging kepadanya dengan berkata, “Kamu tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari.”

Apabila Abdullah hendak mengambil daging tersebut, beliau telah mendengar laungan musuh di salah satu sudut medan pertempuran, beliau melempar daging tersebut, dengan pedang yang terhunus, beliau meluru ke arah musuh dan berjuang sehingga beliau Syahid di medan pertempuran itu.

Allah.. begitu hebat keimanan mereka, begitu tinggi keyakinan mereka dengan kemenangan Islam. Mereka sanggup mengorbankan jasad mereka untuk Islam. Namun bagaimana dengan kita sahabat-sahabat? Tangan yang Allah kurniakan ini masih tidak mampu untuk memberi sumbangan pada Islam. Jasad yang Allah pinjamkan ini juga tidak mampu menunaikan amanahnya. Seringkali kita ucapkan, aku ingin memasuki syurgamu ya Allah.. namun, amalan layakkah kita melangkah kaki ke syurga dengan amalan yang sedikit berbanding sahabat nabi ini?

Muhasabah. Muhasabahlah perjalanan hidup kita selama ini. Semoga apa yang kita lakukan di dunia ini hanya kerana mencari redha Allah.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah, Raheeq Al-makhtum, Shafiyurrahman Al-mubarakfury