Sang Setia

Sunday, April 25, 2010

Zikir Pengubat Duka

Assalamualaikum... W.B.T..

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur pada Allah dikurniakan jasad dan keselamatan. Syukur juga sentiasa memelihara dan sedia mengampunkan dosa-dosa hambaMu ini. ;-(



Terimalah artikel ringkas dariku...

HATI adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati bersih iman kekai di dalamnya. Iman tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Iman hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkan-lah hati selalu. Cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup ialah:

* Selalu mengingati (zikir) Allah. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.
* Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat atau tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.
* Berusaha memaksa diri untuk terus beribadat dengan ibadat yangterbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

Mutiara Kata: "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

Sekian...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.