Sang Setia

Friday, May 21, 2010

Musafir Rawan

Assalamualaikum W.B.T




Syukur padanya dikurniakan nikmat kesihatan yang baik. Tinggal 3 hari saja lagi saya akan menduduki ujian syafawi. Semoga segalanya dipermudahan. Kawan-kawan, Sepanjang perjalanan kita dari usia kecil hingga dewasa tentu sekali kita mengharungi ujian tersendiri yang akhirnya ia mendewasakan kita.

Sesuai pada kali ini satu lirik khas yang saya tujukan buat diri kita semua, hasil karangan insan sastera Ahmad Fedtri Yahya sesuai kiranya untuk kita renungi dan amati dengan mendalam dan jelas semoga ianya jadi pembakar semangat kita selamanya. Amin...

Izinkanlah untuk aku duduk bersinggah,
Dan menghirup sisa malam tanpa cahaya,
Barangkali ini bukan tempat terakhir,
Aku harus terbang pergi dalam gelita,

Disaat ini ketika ini,
Mana temanku dulu memayungku,
Hati bersedih sekelip mata hilang senuanya,
Sebatang kara,

Baru kini aku sedar letak diriku,
Musafir lara berkelana dalam ujian,

Aku musafir dibumi cinta yang sedang luka,
Bergelora..
Tanpa perlindungan dilambung badai,
Dipukul resah entah kemana,

Aku ini bukan malang bukan terbuang,
Sebenarnya ku daam persimpangan jalan hidupku,

Ku berdoa pengakhiran,
Hidup biar tenteram,
Walau telah jenuh,
Aku lewati onak ranjau lembah bara,

Datang dan pergi, terjatuh, tersadung,
Lalu ku bangkit semula mencariNYa..

KepadaMU,
Pada Mu jua,
Aku berserah aku bersujud,
Aku bererah ON TUHANKU...

Semoga mendapat manfaat, Dan saya mungkin akan menghentikan seketika penulisan saya dalam laman ini kerana memfokuskan kepada peperiksaan yang dah pun tiba... Terima kasih semua yang mendoakan saya, Jazakumullahu Khairan kathira..

Sekian...

Saturday, May 15, 2010

Ya Rasullullah... Ku Rindu PadaMU...

Assalamualaikum W.B.T

Satu kisah pada zaman nabi kita. Mengingatkankan seterusnya meninggikan rindu kita akan Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W.


Dapatkan Testi-Testi Menarik di Sini


Bilal bin Rabbah, sahabat Rasulullah SAW berkulit hitam namun berhati putih mempunyai banyak kenangan tersendiri pada lelaki mulia yang menjadi nabinya. Kenangan itu berkerak dan melekat dalam diri Bilal ra. sampai jauh setelah Rasulullah SAW wafat. Agar tak terkoyak moyak hatinya, Bilal ra. memutuskan untuk tak lagi adzan sepeninggal Rasulullah SAW. Sampai suatu ketika, rindu Bilal ra. tak tertahankan. Ia pun mengumandangkan adzan.

Kisah itu diawali dengan cerita Bilal ra. tentang mimpinya semalam. Lelaki asal Ethiopia itu, suatu malam bermimpi dalam tidurnya. Dalam mimpinya, Bilal bertemu dengan Rasulullah SAW. “Bilal, betapa rindu aku padamu,” kata Rasulullah SAW dalam mimpi Bilal.

Satu orang mendengar cerita Bilal ra. Tak berapa lama, orang pertama menceritakan mimpi Bilal ra. pada orang kedua. Orang keduapun bercerita pada orang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya. Menjelang sore, nyaris seluruh penduduk kota Madinah, kota yang sudah lama ditinggalkannya, tahu tentang mimpinya itu. Maka bersepakat penduduk Madinah, meminta Bilal ra. untuk adzan di masjid Rasulullah saat waktu shalat maghrib tiba.

Tak kuasa Bilal menolak keinginan sahabat-sahabatnya. Senja merah, angin sepoi dan langit bersih dari mega. Bilal mengumandangkan adzan. Penduduk Madinah tercekam kerinduan. Rasa dalam dada membuncah, detik-detik bersama Rasulullah, manusia tercinta terbayang kembali di pelupuk mata. Akhirnya, penduduk Madinah pun menitikkan air mata rindunya. Dan Bilal ra, tentu saja ia diharu biru rindu pada kekasihnya, nabi akhir zaman itu.

Thursday, May 13, 2010

Kabur Pandangan

Assalamualaikum W.B.T...

Makin berpanjangan derita yang saya tanggung. Allah Sakitnya...;-( Itu saja perkataan yang saya ungkapkan dihati,tak pernah menyusahkan sesiapa.

Jam 3 pagi, hari ni sudah pun hari ke 14 saya sukar melelapkan mata pada waktu malam. Solat dipanjatkan memohon semoga diri ini dipanjangkan umur. Migrain makin menjadi,tetapi adakah ini disebabkan peperiksaan? Adakah benar insomnia? Ataupun fikiran dirasuki dengan kehidupan yang tidak dipandang insan yang bernama manusia? Tapi mengapa saya?

Soalan demi soalan berputar di benak fikiran saya. Rasa kecewa yang teramat. Sehingga azan berkumandang dan selesai 5 waktu solat,tapi keadaanku tetap sama.

Ya Allah, sembuhkan segala penyakit yang meresap di tubuh ini. Aku redha semuanya, tak sedikit pun menyalahkan takdirMU,tapiku menyalahkanku yang tidak mengerti punca.

Biarkan ia pergi,lenakanku sebaik-baik khalifahMU...;-(

Sekian...

Hati Membahang Di Dalam

Assalamualaikum W.B.T

Syukur pada Allah dikurniakan nikmat kesihatan yang terbaik. Alhamdulillah, dapat update blog ini setelah 1 bulan menyepi.

Sungguh banyak peristiwa berlaku semenjak berada dibumi anbia' ini, terkadang saya berasa putus asa yang teramat. Ada juga merasakan tiada lagi orang penting dalam kehidupan saya. Tapi saya pasti rahmat Allah selalu ad.

Sudah lama saya merancang untuk mengupdate blog ini, menulis kisah duka.. Tapi,belum diizinkan. Saya simpan semuanya saya menghargai apa yang telah terjadi.


Sempat jugak menulis menggunakan telefon, maaf kawan-kawan saya tak dapat upload gambar.

Biarkan ia pergi... ;-(

Sekian...

Al-fatihah buatmu Abdullah Syahidi, mulia hatimu... Semoga ditempatkan dikalangan khalifah-khalifah Allah yang soleh, Dimuliakan darjatmu.