Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji bagi Allah Tuan punya dunia. Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk menulis dalam laman yang tidak seberapa ini.
Kali ini saya rasa sudah sampai masanya untuk saya berbicara, Tapi biarlah ianya berbicara dalam keadaan aman dan tenteram tanpa ada perbahasan lagi selepas ini. Seperti yang tertulis pada tajuk diatas, saya ingin sekali menyentuh perihal bersama kawan-kawan yang bersama saya di bumi KINANAH ini.

Kawan-kawanku, sesuailah kiranya saya mengatakan pada anda semua cukuplah ada sengketa dan salah faham dalam kehidupan kita di bumi Mesir ini. Kita semua maklum, kita hidup bersama dalam satu (Imarah) atau satu (Bait), tentu sekali ada sedikit salah faham atau sedikit perselisihan pendapat sepanjang dalam kehidupan kita ini. Bak kata pepatah yang saya ubah (SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA KITA SEBAGAI KAWAN).
Kawan-kawanku… Kita dikatakan pelapis AGAMA,BANGSA & NEGARA. Perlukah kita berkelompok?? Perlukah kita bermasam muka dengan ujian ALLAH ini?? Marilah kita sedar, semua ini hanya ujian kecil dari Allah, ujian kita yang semakin hari semakin mengenal ilmu Allah.
Saya sesungguhnya sangat takut kepada perpecahan dan pertelingkahan. Kita akan terbahagi kepada berbagai-bagai kumpulan atau kelompok. Bila semua itu berlaku tentunya tiada lagi keadaan aman dan tenteram, tiada lagi keceriaan,tiada lagi gurauan atau senyum tawa, semuanya dalam keadaan duka yang paling penting, KITA ADALAH PELAPIS PIMPINAN NEGARA. YA ALLAH… Sesungguhnya semua itu sangat menakutkan saya. Semua itu tidak mungkin terjadi kepada pejuang ilmu Allah. (Lindungilah kami….)
Saya pertahankan masalah ini kerana, kita sedar sekarang kita berada jauh beribu batu dari keluarga. Tiada tempat untuk berkongsi cerita, tiada tempat untuk kita menangis dibahu ibu dan ayah kita. Yang ada cuma secicip bekalan nasihat dan pandangan dari abang-abang Mahasiswa lama.
Marilah kawan-kawan, jangan bertelagah lagi. Saya dan anda semua perbaiki pergaulan, perbaiki percakapan dan teguran. Yang paling penting, kita adalah cermin kepada kawan kita, tentunya kita ingin menjadi cermin yang baik, cermin yang akan mendatangkan manfaat untuk kita bersama.
Wahai kawan-kawanku.. Marilah kita bangun. Saya mengajak kita bersama.. Kita datang bersama, dan tentunya kita ingin menggapai ijazah bersama dan mendapat ilmu semampu kita. Sekadar ingatan dari saya yang dhaif ini. Saya harapkan kita perbaharukan niat dan semangat kita. Semoga kita dipelihara Allah.. Dilindungi selalu dari segala kekufuran dan kekejaman luar yang selalu mengancam kita. ..
Semoga gelaran AZHARI dapat menjauhkan kita dari kecelakaan dan gangguan, seterusnya membenarkan kita menegakkan yang hak dan menjauhkan kita dari kebatilan.
Wassalam…..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.