Peperangan Di Medan Mu’tah bertemulah dua pihak dan berlangsunglah
pertempuran yang sengit. Bayangkanlah 3000 Tentera Islam menghadapi
asakan dari 200 000 tentera Kristian Rom.Ianya adalah satu peperangan
yang mendapat tumpuan penduduk dunia dengan penuh kebingungan dan
kehairanan. Tetapi angin keimanan sudah mula bertiupberupaya menimbulkan
sesuatu yang menakjubkan.
Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah, Raheeq Al-makhtum, Shafiyurrahman Al-mubarakfury
Zaid Bin Harithah dilantik sebagai ketua
pasukan perang yang memegang panji Islam sambil berperang hebat,
menampilkan kejaguhan yang tiada bandingan melainkan di kalangan
jaguh-jaguh tentera Islam sahaja. Dia terus berjuang sehingga terperosok
kedalam tusukan lembing-lembing musuh. Kemudia ia gugur tidak bergerak
lagi.
Tatkala itu, Ja’afar bin Abi Talib
mengambil bendera tersebut dengan tangan kanannya. Dalam keadaan
hiruk-pikuk peperangan, pihak kuffar mencatas tangan kanannya. lantas
segera dicapainya dengan tangan kirinya. Dia terus berjuang sehinnga
tangan kirinya juga terputus dicantas musuh lalu dikendongnya bendera
dengan bahu dan lehernya, namun akhirnya ia terbunuh dengan 90 tusukan
lembing dan terjahan panah dan tubuhnya terbelah dua. Masyallah.
Subahanallah. Sungguh kental keimanan sahabat ini. sanggup kehilangan
dua tangannya dan jasadnya kerana mempertahankan Islam.
Sewaktu Ja’afar terbunuh, Abdullah Bin
Rawahah sedang makan daging di penjuru medan peperangan, beliau sudah
tiga hari kelaparan. Sebaik sahaja beliau mendengar tentang kematian
Jaafar, dengan segera beliau mencampakkan daging dengan berkata,
“Abdullah kamu ini asyik sibuk dengan makan, sedang Ja’afar telah sampai
ke Syurga.”
Tanpa membuang masa, Abdullah Bin
Rawahah terus mencapai bendera dan meluru ke arah musuh. Dalam
pertempuran itu anak-anak jarinya banyak yang parah dan tergantung isi.
Beliau meletakkan anak-anak jarinya ke bawah lalu dipijak dengan kaki
dan ditarik sehingga jari-jarinya bercerai dari tangannya. Kemudian
beliau terus mara dan beliau berhenti sebentar dan memikirkan tentera
Islam yang sedikit berbanding tentera musuh yang ramai.
Dalam tengah berangan-angan itu, dia
tersentak dan berkata dalam hatinya, ” Wahai hati, apa yang menyebabkan
kamu memikirkan demikian? Adakah keran cinta kepada isteriku? Kalau
begitu aku ceraikan kamu pada saat ini juga. Adakah kerana hamba-hamba?
Kalau begitu aku bebaskan mereka semua. Adakah keran kebun? Kalau begitu
aku berikan sebagai sedekah”
Oleh kerana keletihan dan kelaparan, beliau turun dari kudanya, sementara sepupunya datang membawa sekeping daging kepadanya dengan berkata, “Kamu tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari.”
Oleh kerana keletihan dan kelaparan, beliau turun dari kudanya, sementara sepupunya datang membawa sekeping daging kepadanya dengan berkata, “Kamu tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari.”
Apabila Abdullah hendak mengambil daging
tersebut, beliau telah mendengar laungan musuh di salah satu sudut
medan pertempuran, beliau melempar daging tersebut, dengan pedang yang
terhunus, beliau meluru ke arah musuh dan berjuang sehingga beliau
Syahid di medan pertempuran itu.
Allah.. begitu hebat keimanan mereka,
begitu tinggi keyakinan mereka dengan kemenangan Islam. Mereka sanggup
mengorbankan jasad mereka untuk Islam. Namun bagaimana dengan kita
sahabat-sahabat? Tangan yang Allah kurniakan ini masih tidak mampu untuk
memberi sumbangan pada Islam. Jasad yang Allah pinjamkan ini juga tidak
mampu menunaikan amanahnya. Seringkali kita ucapkan, aku ingin memasuki
syurgamu ya Allah.. namun, amalan layakkah kita melangkah kaki ke
syurga dengan amalan yang sedikit berbanding sahabat nabi ini?
Muhasabah. Muhasabahlah perjalanan hidup
kita selama ini. Semoga apa yang kita lakukan di dunia ini hanya kerana
mencari redha Allah.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.