Assalamualaikum W.B.T
Cerita pertama yang saya nak kongsikan setibanya di bumi Mesir ini... Alhamdulillah musim sejuk hampir ke penghujungnya, kini akan tiba giliran musim panas. Tahun lalu musim panas agak memeritkan walaupun saya memiliki aircond sendiri, tapi kali ni mungkin lebih selesa kerana rumah baru saya bersebelahan SUNGAI NIL.
BERSAMA TAUKE MINYAK WANGI...
Alhamdulillah juga, banyak perubahan pada negara ini kerana rakyatnya saya lihat makin bebas dalam menjalani kehidupan seharian, contohnya berniaga,tempat tidur dan sebagainya. Tanpa kawalan rapi pihak POLIS seperti sebelum ini saya rasa rakyat akan tenang dan selesa.
Tapi banyak juga keburukan-keburukan yang saya lihat seperti kekotoran tempat-tempat pelancongan, ini kerana rakyat terlalu bebas dan tidak lagi menjaga kebersihan seperti sebelumnya. Apa-apa pun, tahniah kepada rakyat MESIR kerana anda berjaya mengubah kehidupan harian daripada terus berada ditakuk pemerintahan yang lama.
Sebenarnya, apa yang saya nak cerita adalah, saya akan memulakan perjalanan baru sebagai Mahasiswa dan juga sebagai hamba yang selalu mengharapkan redhaNya selamanya. Diharapkan doa dari kalian dapat la saya menyesuaikan diri dengan baik dan selesa disini InsyaAllah.
Sekian dariku...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.