MENGIMBANGI tugas di tempat kerja dengan tanggungjawab terhadap keluarga daripada menguruskan kerja-kerja rumah, memasak hinggalah mendidik anak-anak.
Bayangkan betapa penatnya seorang wanita yang juga bergelar ibu.
Dari pagi hingga malam, ada saja tugas yang perlu dilakukannya, meskipun sesetengahnya menggajikan pembantu rumah yang tetap menguruskan pelbagai kerja lain seperti menyediakan makanan yang sesuai untuk keluarga dan menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.
Kepenatan bekerja sehari suntuk ini kadangkala boleh membuat anda seolah-olah tidak bertenaga apabila tiba masa berinteraksi dengan anggota keluarga lain pada masa santai.
Ini juga boleh membuat anda seolah-olah 'hilang' selera setiap kali tiba masa makan - namun berat badan anda tidak turun, sebaliknya semakin bertambah.
Di mana silapnya?
Antara lain ia mungkin berpunca daripada hormon stres (tekanan) yang dikenali sebagai hormon 'cortisol' (hormon steroid atau hormon semula jadi) yang mengalir dalam tubuh kita.
Dr Isabelle Yeoh, dari IYAC Aesthetic & Anti-Aging Clinic di Camden Medical Centre, menyatakan kajian perubatan yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan meskipun seseorang menjalani gaya hidup yang sihat serta mengamalkan pemakanan yang seimbang dan bersenam, kadar hormon cortisol dalam badannya tetap boleh meningkat.
Ini, antara lain, disebabkan tekanan atau stres yang dialami akibat kekurangan tidur atau masalah peribadi dan sekitaran. Secara tidak langsung juga, ia akan menyebabkan berat badan semakin bertambah.
Apakah peranan hormon cortisol dengan berat badan anda? Ia antara lain berpunca daripada masalah berikut:
Dr Yeoh menambah apabila keadaan ini berlaku, anda akan mula berasa terlalu penat dan ini kemungkinan besar boleh menimbulkan pula masalah kemurungan.
'Keadaan ini akan meningkatkan kadar hormon cortisol, menjadikan otot-otot lemah. Akibatnya, berat badan akan bertambah.
'Bukan saja ini 'menjejas' berat badan anda, malah kulit muka akan turut terjejas - wajah kelihatan lesu, berkerut dan mudah berkedut - semuanya ini akibat masalah kepenatan yang berkait rapat dengan penampilan wajah seseorang itu,' ujar beliau.
Yang penting, kata Dr Yeoh lagi, ialah bagi seseorang wanita dan ibu yang sibuk dengan kerja-kerja di rumah ataupun di pejabat berusaha mengurangkan tekanan hidup agar dapat mengawal hormon cortisol di dalam badan anda.
Bagi mengatasi masalah ini, Dr Yeoh menasihatkan ibu-ibu supaya berusaha menyesuaikan diri dengan masalah kehidupan harian, di samping cuba mengenal pasti masalah- masalah yang dihadapi sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.
Anda juga digalakkan agar melakukan senaman seperti aerobik lima kali seminggu, sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi, agar dapat menguatkan lagi otot-otot anda.
Yang paling penting ialah memilih makanan yang bermutu, jangan makan sebanyak-banyaknya sekali gus, sebaliknya dengan sukatan yang sedikit tetapi boleh diulang makan beberapa kali dalam sehari.
Pokoknya, hidangan itu haruslah seimbang iaitu makanan yang berkhasiat, mengandungi karbohidrat seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta protein.
Jangan lupa tidur sekurang- kurangnya tujuh jam, sebaiknya anda masuk tidur pada 10 malam.


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.