Assalamualaikum W.B.T
Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam buat Junjungan Besar Baginda yang kita semua rindui, Syukur pada Allah atas segala nikmat kesihatan yang terbaik dan nikmat islam yang tiada taranya.
Bersama Pengantin Ustaz Muzani...
Alhamdulillah pada 1/7/2010 yang lalu saya dijemput untuk mengadakan persembahan nasyid buat pengantin baru dari Terengganu Ustaz Muzani dan Zaujahnya, pengantin juga adalah rakan bersama di Universiti Al-Azhar.
Majlis yang cukup meriah itu juga turut dihadiri Tuan Presiden PMRAM kita Ustaz Shahrizan dan Exco-Exco PMRAM. Alhamdulillah sempat saya menyampaikan 5 buah lagu walaupun saya kira keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pengantin atas jemputan tersebut dan saya doakan (Antum) berbahagia didunia dan akhirat serta dapat menyemai ikatan ini sehigga ke syurga dan menjadi sebuah keluarga yang diredhai ALLAH. Dalam perkahwinan pada usia muda ini tentunya banyak dugaan, saya harapkan semuanya tiada halangan dan dilindungi Allah. Amin...
Sekian buat kali ini, salam kerinduan buat teman setia blog ini...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.