Sang Setia

Wednesday, July 14, 2010

Alhamdulillah Selamat Tiba

Assalamualaikum... W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah saya dah pun selamt tiba pada jam 10.00 malam 13/7/2010.

Satu perjalanan yang panjang, itu yang mampu saya huraikan disini, bermula jam 3 petang dari Mesir terus ke Qatar dan terus ke Malaysia.


Mesir Bumi Anbiya'

Dari perjalanan tersebut dapatlah saya huraikan bahawa "Orang yang bermusafir itu selalu dilindungi Allah, Amin..." Dari Mesir saya berada dalam kapal selama 3 jam untuk sampai ke Qatar yang sangat cantik itu. Terpegun dengan pekerja-pekerja di Qatar yang saya rasa mereka menggunakan khidmat pekerja asing. Wah... Mesti Qatar sebuah negara yang sangat kaya kan?? Itu yang bermain didalam fikiran saya.


Qatar Negara Bersih

Alhamdulillah sampai sahaja saya di Qatar saya mendapat layanan istimewa kerana saya dan rakan-rakan dapat menikmati hidangan malam yang cukup menyelerakan. Terima kasih kepada semua atas layanan tersebut. Saya berada selama 11 jam di Qatar dan peluang tersebut saya gunakan untuk melihat kawasan di sana dan menikmati pemandangan bandar Qatar yang cukup menenangkan. Alahmdulillah semuanya atas kuasa ALLAH.

Tamat sudah masa berada di Qatar, saya terus menunggu enerbangan ke Malaysia pada jam 9.45 pagi waktu Qatar dan menikmati penerbangan ke Malaysia selama 9 jam lamanya. Tidur bangun,tidur bangun akhirnya tamat sudah musafir saya untuk pulang, saya tiba ke Malaysia pada jam 10 malam dan berehat secukupnya.

Malaysiaku Tercinta

Alhamdulillah, YaAllah lindungilah diriku dan keluargaku dari sebarang bencana dan selamtkan diriku dari segala siksaanMU... Amin... Lindungi diriku di tanah airku semoga ilmu dapat dicurahkan disini.

Sekian.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.