Aku rasa bila baca pasal kalori macam
semua orang tahu aje kan tapi berapa ramai yang tahu macam mana nak kira
kalori supaya senang korang nak diet? Haaa yang tu, aku saja nak share
sesama mana tahu boleh bantu sesapa yang teringin nak menjaga cara
pemakanan dengan betul.

Apa itu kalori?
Kalori adalah unit ukuran bagi tenaga.
Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana
tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak
dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini
akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.
Bagaimanakah mengira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada
kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh
dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor
pekali yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!
Berapakah kalori yang diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.