Segala
puji bagi Allah yang atas nikmat dan kurnia-Nya sekarang kita berjumpa
semula dengan bulan yang penuh dengan berkah dan kemuliaan, iaitu bulan
Ramadhan -insya Allah.
Sebagai seorang muslim, tentunya
kita harus bersemangat/antusias dalam mengisi waktu kita di bulan
Ramadhan dengan amal-amal shalih yang dicintai Allah ta’ala. Namun,
seorang muslim tidaklah akan dapat mengerjakan ibadah-ibadah yang benar
serta sesuai tuntunan Allah dan Rasul-Nya di bulan Ramadhan melainkan
dia telah memiliki ilmu tentang ibadah-ibadah tersebut. Jika tidak,
ibadah mereka cuma ikut-ikutan sahaja. Apa yang akan kami paparkan
berikut ini merupakan lanjutan dari pembahasan hukum berkenaan puasa
sebelum ini.
SUNNAH-SUNNAH PUASA
[1] Mengakhirkan Sahur
Makan
sahur mempunyai banyak keutamaan. Selain kerana Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam sangat menganjurkannya, makan sahur merupakan pembeda
antara puasa kaum muslimin dengan puasa ahlul kitab (Yahudi dan
Nasrani). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Perbedaan
antara puasa kita dengan puasa ahlul kitab terletak pada makan sahur”
(HR. Muslim)
Dianjurkan juga mengakhirkan makan sahur
kerana Nabi sering melakukannya. Zaid bin Tsabit berkata kepada Anas
“Kami makan sahur bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian
kami berdiri untuk sholat”. Anas bertanya “Berapa lama jarak antara azan
subuh dan sahur kalian?” Zaid menjawab “Sekitar membaca 50 ayat” (HR.
Bukhari-Muslim)
Di dalam hadits di atas juga terdapat
dalil bahawa batas akhir sahur adalah azan subuh, bukan yang
diistilahkan dengan imsak oleh kebanyakan kaum muslimin hari ini. Ini
terbukti dari pertanyaan Anas “Berapa lama jarak antara azan shubuh dan
sahur kalian?”. Hal ini menunjukkan bahawa batas akhir sahur di masa
Nabi adalah azan subuh. Hadits ini memperkuat firman Allah ta’ala “Dan
makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam,
iaitu fajar” (QS. Al Baqarah: 187). Di samping itu, terdapat banyak
hadits yang menunjukkan bahawa batas akhir makan sahur adalah azan
subuh.
[2] Menyegerakan berbuka
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Manusia akan senantiasa dalam
kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka” (HR. Bukhari-Muslim).
Ibnu
‘Abdil Barr berkata “Hadits-hadits tentang menyegerakan berbuka dan
mengakhirkan sahur derjatnya shahih dan mutawatir (banyak yang
meriwayatkan). Di dalam riwayat Abdurrazzaq yang shahih dari ‘Amr bin
Maimun, beliau berkata “Para sahabat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa
sallam adalah manusia yang paling bersegera berbuka dan yang paling
mengakhirkan sahur”. (lihat Fathul Bari karya Ibnu Hajar).
[3] Berbuka dengan Kurma jika ada atau dengan air
Anas
bin Malik radhiyallahu ‘anhu menuturkan “Dahulu Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam biasa berbuka dengan rathb (kurma basah) sebelum
menunaikan sholat. Jika tidak ada, maka beliau berbuka dengan tamr
(kurma kering). Jika tidak ada pula, maka beliau berbuka dengan beberapa
teguk air” (HR. Ahmad dan Abu Dawud, hasan shahih).
[4] Berdo’a ketika berbuka
Do’a
yang shahih yang diajarkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
ketika berbuka (dibaca setelah berbuka) adalah sebagai berikut “Dzahabat
zhama’u wabtallatil ‘uruuqu wa tsabatal ajru insya Allah” yang ertinya
“Rasa haus telah hilang dan urat-urat telah basah dan pahala telah
ditetapkan insya Allah” (HR Abu Dawud, hasan).
Adapun
do’a yang popular di kalangan kaum muslimin iaitu “Allahumma laka
shumtu…dst” yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan At Thabrani derjatnya
dha’if (lemah) sehingga tidak dapat dijadikan sebagai dalil. Di antara
ulama’ yang mendha’ifkan hadits ini adalah Ibnul Qayyim dan Syaikh Al
Albani. Oleh kerana itu, cukuplah hadits hasan yang telah disebutkan
sebelumnya dijadikan sebagai pegangan beramal disebabkan hadits hasan
dapat dijadikan sebagai dalil.
[5] Memberi makan orang yang berbuka
Memberi
makan orang yang berbuka mengandungi keutamaan yang besar. Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Barangsiapa yang memberi makan
berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti
orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa
tersebut sedikitpun juga” (HR Tirmidzi, shahih).
HAL-HAL YANG DIPERBOLEHKAN
Seorang
hamba yang taat dan memahami Al Qur’an dan As Sunnah tidak akan ragu
bahawa Allah ta’ala menghendaki kemudahan bagi hamba-Nya dan tidak
menghendaki kesulitan, sehingga syari’at yang bijaksana ini membolehkan
beberapa perkara untuk dikerjakan oleh orang yang sedang berpuasa, di
antaranya:
[1] Tetap berpuasa meskipun ketika waktu subuh dalam keadaan junub (hadats besar)
Seseorang
yang mendapati waktu subuh dalam keadaan junub boleh untuk tetap
berpuasa sebagaimana yang diriwayatkan oleh dua isteri Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam, iaitu ‘Aisyah dan Ummu Salamah radhiyallahu ‘anhuma
keduanya berkata “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
pernah mendapati fajar (waktu subuh) dalam keadaan junub kerana
bersetubuh dengan isterinya kemudian beliau mandi dan tetap berpuasa”
(HR Bukhari-Muslim)
[2] Bersiwak (cuci gigi)
Boleh
bagi orang yang berpuasa untuk bersiwak kerana tidak ada larangan
khusus dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk bersiwak ketika
tengah berpuasa. Bahkan siwak di anjurkan setiap saat. Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Siwak itu membuat mulut bersih
dan diridhai Allah” (HR An Nasa’i, shahih). Para ulama hanya berbeda
pendapat tentang makruh atau tidaknya bersiwak bagi orang yang berpuasa
ketika setelah zawal (matahari tergelincir ke barat). Namun, sekali lagi
tidak ada dalil khusus yang memakruhkan apalagi melarang bersiwak
ketika sedang berpuasa sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Taimiyyah dalam
Majmu’ fatawa.
[3] Berkumur-kumur dan isytinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung dengan nafas) dengan tidak berlebihan
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Dan bersungguh-sungguhlah
kalian ber-isytinsyaq (ketika wudhu) kecuali dalam keadaan berpuasa” (HR
Tirmidzi, shahih). Ertinya, boleh ber-isytinsyaq ketika berpuasa akan
tetapi tidak bersungguh-sungguh (berlebihan).
[4] Bercumbu (bukan bersetubuh) dengan isteri dan menciumnya.
Hal
ini dibolehkan selama tidak keluar mani. ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha
berkata “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa mencium dan mencumbu
(isterinya) dalam keadaan berpuasa kerana beliau adalah orang yang
paling kuat menahan syahwatnya” (HR Bukhari-Muslim).
[5] Berbekam dan derma darah
Majoriti
ulama membolehkan orang yang berpuasa untuk berbekam. Adapun hadits
tentang batalnya puasa orang yang berbekam yang diriwayatkan oleh At
Tirmidzi dan Abu Dawud memang shahih, akan tetapi telah di-mansukh
(dihapus hukumnya) oleh hadits riwayat Ibnu Abbas, beliau berkata “Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam berbekam dalam keadaan beliau berpuasa”
(HR Bukhari). Disamakan pula hukumnya dengan derma darah kerana
sama-sama mengeluarkan darah dari dalam tubuh. Akan tetapi, para ulama
mempersyaratkan bekam dan derma darah tersebut boleh jika tidak membuat
lemas.
[6] Mencicipi makanan asalkan tidak masuk ke kerongkongan
Dalilnya
adalah perkataan Ibnu Abbas, “Tidak mengapa seseorang mencicipi cuka
atau sesuatu dalam keadaan sedang berpuasa selama tidak masuk ke
kerongkongan” (HR Bukhari secara mu’allaq (tanpa sanad), Ibnu Abi
Syaibah, dan Al Baihaqi)
[7] Mandi dan menyiramkan air di kepala supaya segar
Hal
ini berdasarkan hadits riwayat Bukhari Muslim dalam pembahasan bolehnya
berpuasa ketika mendapat fajar dalam keadaan junub yang telah kami
sebutkan (point 1). Selain itu, dikuatkan dengan hadits dari Abu Bakr
bin Abdurrahman beliau berkata “Sungguh aku melihat Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam di Al ‘Araj mengguyur kepalanya dengan air
dalam keadaan beliau sedang berpuasa – kerana keadaan yang sangat panas
terik- ” (HR Abu Dawud dan Ahmad, shahih).
JANGAN SIA-SIAKAN PUASAMU…
Kaum
muslimin rahimakumullah, sesungguhnya puasa itu tidak semata-mata
menahan diri dari makan, minum, dan syahwat. Akan tetapi, puasa juga
mencakupi menahan diri dari perbuatan dosa dan kemaksiatan. Tidakkah
sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ini menjadi peringatan bagi
kita? “Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia hanya mendapatkan
rasa lapar dan dahaga semata dari puasanya tersebut” (HR Ahmad,Ibnu
Majah, dan Ad Darimi dengan sanad shahih). Berikut ini adalah hal-hal
yang dapat menjadikan puasa kita tidak bererti di sisi Allah ta’ala.
[1] Berkata dusta
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Barangsiapa yang tidak
meninggalkan perbuatan dusta malahan mengamalkannya, maka Allah tidak
perlu kepada rasa lapar dan haus yang dia tahan” (HR Bukhari). Dan
sungguh hal ini masih banyak diremehkan oleh banyak kaum muslimin
sehingga secara sedar atau tidak sedar ada yang masih melakukan
perbuatan dusta meskipun dia sedang berpuasa.
[2] Berkata sia-sia dan kotor
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda ”Tidaklah puasa itu hanya
sebatas menahan makan dan minum, akan tetapi puasa itu juga menahan diri
dari berkata sia-sia dan kotor. Maka apabila ada seseorang yang mencela
dan menjahilimu, maka katakanlah ‘Aku sedang puasa, aku sedang puasa’”
(HR. Hakim dan Ibnu Khuzaimah, shahih)
[3] Maksiat secara umum
Hendaknya
seorang yang berpuasa meninggalkan seluruh perbuatan maksiat. Meskipun
maksiat tersebut tidak membatalkan puasa, namun maksiat tersebut dapat
mengheret pelakunya ke tingkat puasa yang paling rendah, iaitu hanya
meninggalkan makan dan minum semata, sebagaimana riwayat salaf yang
dinukil oleh Ibnu Rajab dalam Latha’iful Ma’arif.
Demikian
pembahasan ini kami sampaikan, sebenarnya banyak yang perlu untuk
dibahas dan diperinci, akan tetapi pembahasan ini semoga dapat mencukupi
buat kaum muslimin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.