Sang Setia

Friday, May 21, 2010

Musafir Rawan

Assalamualaikum W.B.T




Syukur padanya dikurniakan nikmat kesihatan yang baik. Tinggal 3 hari saja lagi saya akan menduduki ujian syafawi. Semoga segalanya dipermudahan. Kawan-kawan, Sepanjang perjalanan kita dari usia kecil hingga dewasa tentu sekali kita mengharungi ujian tersendiri yang akhirnya ia mendewasakan kita.

Sesuai pada kali ini satu lirik khas yang saya tujukan buat diri kita semua, hasil karangan insan sastera Ahmad Fedtri Yahya sesuai kiranya untuk kita renungi dan amati dengan mendalam dan jelas semoga ianya jadi pembakar semangat kita selamanya. Amin...

Izinkanlah untuk aku duduk bersinggah,
Dan menghirup sisa malam tanpa cahaya,
Barangkali ini bukan tempat terakhir,
Aku harus terbang pergi dalam gelita,

Disaat ini ketika ini,
Mana temanku dulu memayungku,
Hati bersedih sekelip mata hilang senuanya,
Sebatang kara,

Baru kini aku sedar letak diriku,
Musafir lara berkelana dalam ujian,

Aku musafir dibumi cinta yang sedang luka,
Bergelora..
Tanpa perlindungan dilambung badai,
Dipukul resah entah kemana,

Aku ini bukan malang bukan terbuang,
Sebenarnya ku daam persimpangan jalan hidupku,

Ku berdoa pengakhiran,
Hidup biar tenteram,
Walau telah jenuh,
Aku lewati onak ranjau lembah bara,

Datang dan pergi, terjatuh, tersadung,
Lalu ku bangkit semula mencariNYa..

KepadaMU,
Pada Mu jua,
Aku berserah aku bersujud,
Aku bererah ON TUHANKU...

Semoga mendapat manfaat, Dan saya mungkin akan menghentikan seketika penulisan saya dalam laman ini kerana memfokuskan kepada peperiksaan yang dah pun tiba... Terima kasih semua yang mendoakan saya, Jazakumullahu Khairan kathira..

Sekian...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.