Bismillahirrahmanirrahim....

Segala puji bagi Allah kerana dengan izinNYA dapat sekali lagi saya menjengah dalam laman ini dan sempat berkata sesuatu sekadar untuk renungan dan juga sebagai kenangan buat diri saya sendiri. Saya harapkan agar dapat selalu berada disini dan berkongsi cerita kehidupan saya disini dan juga dijadikan tatapan buat semua.
Alhamdulillah rezeki selalu tidak putus,ada saja buah tangan baik dari penduduk di MESIR mahupun pelajar-pelajar MALAYSIA yang berkunjung kemana-mana tempat yang menarik disini. Sesungguhnya saya sangat bersyukur kerana dikurniakan rezeki yang sangat luas ini.
Hidup dibumi MESIR ini mengajar saya hidup dalam bermasyarakat dan juga hidup sebagai insan yang selalu bersedia dalam apa jua keadaan. Tapi semakin lama bermusafir disini, saya sudah mula melihat dan memahami serta membuat kesimpulan karenah rakan-rakan saya dan juga karenah pelajar-pelajar baik dari negaraku MALAYSIA ataupun masyarakat disini. Ada yang sangat mengecewakan dan ada juga yang sangat mengembirakan saya. Sebagai pelajar yang dikira masih baru disini, sepatutnya ada teladan yang mungkin dapat saya contohi dan teladani.
Tapi saya sangat kecewa lebih-lebih lagi dengan sikap sombong dan juga pentingkan diri sendiri yang ditonjolkan, memang ini sikap melayu atau mungkin tabiat mereka ketika berada di tanah air sendiri, bila mereka-mereka-mereka ini berasa selesa dengan sesuatu mulalah pentingkan diri sehinggakan lupa kepada 'junior' dan rakan-rakan sendiri. Walhal tiada yang istimewa pun tentang mereka,tiada yang dapat diambilkan contoh baik dari segi pelajaran dan juga akhlak mereka. Malah, mahasiswa baru yang menjaga mereka dan lebih teruk lagi semua kerja rumah boleh dikatakan semua diserahkan kepada pelajar baru. Jijik dan memalukan bukan??. Walaupun semua itu bukanlah satu deraan daripada mereka, tapi saya cukup dengan mengatakan bahawa, tiada lagi penghormatan dari kami mahasiswa baru.
Saya sangat tidak mengerti, mengapa semua ini terjadi kepada hampir semua MAHASISWA MALAYSIA disini. Kenapa dan mengapa perlu bersikap sedemikian rupa padahal kita hidup dalam satu rumpun khatulistiwa. Sedarlah mungkin mahasiswa yang dikatakn 'junior' itu tadi sudah mula mual bosan dengan sikap yang ditonjolkan. Persekitaran yang berlaku mungkin sangat tidak elok untuk dibawa sebagai bekal apabila pulang ke Malaysia kelak. Ayuh!!! Marilah kita berubah dan bangkit BERSAMA-SAMA mengejar arus dunia yang makin deras ini...
Tetapi, Alhamdulillah.. apa yang cukup menyenangkan saya, sikap 'understanding' dan juga sikap orang yang matang itu menjadi penguat dan juga penghibur dikala diri ini dalam kegelisahan. Kita sedia maklum bahawa setiap mahasiswa baru yang datang bermusafir beribu batu ini mungkin sedikit 'manja' dan mudah tersentuh dek kerana berjauhan dengan keluarga atau sesiapa sahaja. Tetapi dengan adanya 'senior-senior' yang menjaga dan cakna akan masalah ini semua itu menjadi penguat dan wujudnya sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Terima kasih dan tahniah yang tiada bandingannya dariku......
Alhamdulillah semua itu menyedarkan saya pentingnya hidup dalam persatuan dan pentingnya pergaulan yang sihat kerana semua itu adalah sebahagian daripada kejayaan dan kebahagiaan kita semua. Untuk keluargaku, jangan la semua itu menjadi kebimbangan kerana saya percaya dengan idea dan pemikiran yang baru dari kami, semua itu akan membawa kepada kejayaan berdasarkan ALQURAN DAN SUNNAH yang kami pegang. Semoga semua ini dapat diambil dengan sikap yang positif dan matang..
Sedakar luahan buat diriku.. Saya harap semua dapat mengambil iktibar dan juga renungan untuk kita terus maju untuk masa hadapan, sebagai ummat dan mahasiswa yang akan menerajui pembaharuan. Saya sangat bersyukur dan akan meneruskan cita-cita dan harapan semua pihak untuk melihat saya berjaya.
Sekian........
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.