Sang Setia

Tuesday, January 26, 2010

..::Diusia Remaja::..



Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Tersedar dari lena yang panjang kerana mengingati zaman persekolahan dahulu.. Dengan kini kehadiran rakan-rakan ketika dibangku sekolah melahirkan kesyukuran yang tinggi pada ILAHI.. Sekurang-kurangnya dapat juga saya rasa tenang dan kembali bersemangat menyambung kembali ukhuwah antara kami..

Kali ini saya hanya ingin berkongsi bersama rakan-rakan kehidupan kita ketika zaman remaja.. Saya pasti semua mempunyai kehidupan yang mungkin mendatangkan rasa pahit manis dalam diri kita semua.

Cuba tanya kepada diri kita, bilakah kita merasa terlalu banyak melakukan kesalahan dan kesilapan? "jawapannya :ketika kita remaja". Ya.. apabila kita melihat kembali kehidupan kita semasa zaman remaja, sudah tentu bermacam-macam cerita yang akan kita singkapi.. Kadang-kala merasa banyak perkara yang belum kita laksanakan.. Apapun yang berlaku, kehidupan kita mesti teruskan.. KUATKAN KEMBALI SEMANGAT DAN KEAMPUNAN KEPADA ALLAH...

Remaja adalah individu yang masih mencari indentiti mereka. Takah usia ini paling tidak stabil dan celaru kerana mereka tercari-cari indentiti mereka dan berdepan dengan krisis pemikiran dan bermacam-macam lagi..

Tetapi di peringkat remaja, ada sesuatu yang boleh kita ambil sebagai "pelajaran" sebelum kita terus melangkah ke usia dewasa kelak, kerana disitu kita memerlukan pemikiran yang sangat mantap untuk meneruskan kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ini...

Ayuh!! Katakan kepada diri kita, kita boleh menjadi insan yang sangat baik. Apa yang menghalang kita berubah?? Mungkin salah satunya ialah keinginan mahu melihat orang lain,keadaan atau peristiwa yang berubah dahulu... Kita mesti berubah dahulu barulah keadaan dan peristiwa akan berubah bersama-sama kita.

Jadi ingatlah, setiap perkara yang baik dan buruk yang berlaku kepada diri kita, ia adalah satu pelajaran yang menuntut diri kita berubah dengan berterusan.. Janganlah kita menangguhkan pelajaran yang hakikatnya menangguhkan perubahan. Justeru itu mari kita hayati kata pepatah " Belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, Belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air"..

Sekian...



Rakan-rakanku, Mohd Isyamfuan memohon berjuta kemaafan diatas dosa yang kulakukan.. Doakan kejayaanku.. Untuk kumpulan "erat" teruskan perjuangan suci murni itu.. doaku selalu mengirigi kalian.. (YA ALLAH kuatkan aku...)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.