Sang Setia

Sunday, December 20, 2009

:::AIDIL ADHA 2009:::


بــســـــم الله الرحمـــن الرحــيــم


Hukum ibadah korban :
- Sunat Muakkad (sangat dituntut) bagi semua orang yang mengerjakan haji atau tidak dengan syarat Islam, merdeka, baligh, berakal, ada kelebihan daripada saraan anak dan isteri. Merupakan fardu kifayah, apabila salah seorang ahli keluarga menunaikan ibadah korban maka memadailah atas yang lain.
- Wajib apabila seseorang itu bernazar.
Binatang yang boleh dikorbankan :
- Biri-biri berumur lebih dari setahun.
- Kambing berumur lebih dari 2 tahun.
- Lembu berumur lebih dari 2 tahun.
- Unta berumur lebih dari 5 tahun.
• Biri-biri @ kambing hanya untuk seorang sahaja manakala lembu dan unta boleh dibahagi kepada 7 bahagian.
Binatang yang hendak dikorbankan adalah binatang yang sihat anggota badan tanpa cacat.
Waktu korban bermula selepas solat eidiladha hingga terbenam matahari pada akhir hari tasyrik
( 11,12,13 zulhijjah).
Sunat korban :
- Baca bismillah
- Selawat keatas nabi S.A.W
- Mengadap qiblat.
- Takbir ( 3x sebelum baca bismillah & 3x selepas baca bismillah)
- Doa اللـــهـم هــذه مـنـك والـيــك فــتـقـبـل :

Cara Pembahagian Daging Korban :
- Sunat kita makan 1/3 dari bahagian kita dan sedekahkan 2/3 kepada fakir miskin,
Tuan Fakir miskin Fakir miskin

- atau makan 1/3 dan sedekah 1/3 kepada fakir miskin dan 1/3 hadiahkan kepada orang kaya @ orang lainnya.
Tuan Fakir miskin Orang kaya / yg lain

- atau sedekahkan 2/3 daripada daging korban adalah lebih afdal.
Tuan Sedekah sedekah

Haram menjual sedikit pun dari semua bahagian binatang korban.
والله اعلم...........


Alhamdulillah... begitulah sedikit sebanyak yang boleh ana ceritkan tentang perayaan AIDIL ADHA...

ALLAHUAKHBAR...7x

Pertama sekali marilah sama-sama kita bersyukur pada Allah.. pada tahu ini ana menyambut perayaan AIDILADHA tanpa keluarga tercinta... Segala puji bagi Allah ana harapkan segala kehidupan ana di bumi mesir ini berjalan dengan baik hendaknya.....